Saturday, October 2, 2010

cara ingin mngetahui kejujuran pasangan anda,,,

1. Pasangan anda tidak berenggang daripada telefon bimbitnya dan tidak meletakkannya di tempat-tempat yang terbuka serta boleh diambil oleh orang lain, khususnya anda;

2. Apabila menerima panggilan, sesekali atau selalunya, dia akan menjawabnya jauh daripada anda.

3. Menyimpan cip telefon lain tanpa memberikan nombornya kepada anda.

4. Peti keluar masuk SMSnya sentiasa kosong sedangkan dahulu tidak begitu.

5. Jarang dapat dihubungi di tempat kerja. Kalau jenis yang bekerja di luar pejabat atau di luar kawasan pula talian telefonnya selalu sangat bermasalah.

6. Pesanan anda supaya dia membuat panggilan kembali jarang ditunai dalam waktu sepatutnya.

7. Jadual balik pasangan anda berbeza daripada biasa; kelazimannya semakin lewat dan tidak menentu.

8. Pasangan anda banyak berangan.

9. Penampilannya, seperti gaya berpakaian dan lain-lain berubah.

10. Dia kerap sangat bertanya tentang jadual anda.

11. Selalu berkeadaan tidak selesa apabila anda menyentuh barangan miliknya seperti dompet atau komputer peribadinya.

12. Jumlah batuan (mileages) kenderaan cepat bertambah berbanding dengan waktu-waktu sebelumnya.

13. Suka menghadiri majlis secara bersendirian.

14. Pakaiannya berbau minyak wangi ‘orang lain’.

15. Dia membasuh pakaiannya sendiri, atau menghantarnya untuk di dobi tanpa pengetahuan anda.